T-Shirt Daily

Posted by El Naeem Enterprise | 12:21 AM | 0 comments »


'Daily' merupakan produk utama kami. Ia direka dengan begitu menarik dan unik, khusus untuk memenuhi citra wanita hari ini tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Ianya diperbuat dari kain kapas 'combat' yang berkualiti tinggi.

T-Shirt Daily ini memberi pilihan pada anda untuk kelihatan lebih anggun tetapi bersopan. Semoga rekabentuk kami ini mampu membina ketrampilan wanita dengan pakaian yang sesuai dengan tuntutan agama dan budaya masing-masing. Ianya juga sesuai untuk pakaian secara formal dan juga kasual

Daily kini telah berada di pasaran Malaysia sejak Mei 2009. Sila dapatkan dari agen-agen berdekatan atau menerusi pembelian di internet.

PROFIL

Posted by El Naeem Enterprise | 10:43 PM | 0 comments »

El Naeem Enterprise secara rasmi ditubuhkan pada April 2009 setelah sekian lama menjadi pengedar berbagai jenama pakaian muslimah yang sedia ada di pasaran. El Naeem kini beroperasi di Bandar Tun Hussein Onn. Kami merupakan pembekal tunggal t-shirt Muslimah berjenama 'Daily'.

Nama El Naeem adalah diambil sempena salah satu pintu dari pintu-pintu syurga. Kami berharap agar perniagaan ini akan membawa kita semua ke syurga Allah menerusi pintu ini berdasarkan niat dan usaha untuk mengajak manusia berpakaian yang dibenarkan oleh syariat.

Kami menyakini pasaran kita masih luas dan masih memerlukan kepelbagaian yang boleh memenuhi citra wanita hari ini. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin tinggi dan dicabar dengan kebanjiran pakaian barat yang tidak kurang telah merubah budaya kita serta mengundang pelbagai gejala sosial di dalam masyarakat kita, El Naeem terpanggil untuk menawarkan kelainan dari segi rekaan yang boleh memenuhi citra wanita hari ini dengan harga yang kompetitif.